Wednesday, March 25, 2009

PULAU TEMPAT PENYU BERTELUR


40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan iaitu di seberang Pulau Libaran dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang terkenal kerana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya. Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam iaitu selepas pukul 8 bila air surut telah surut. Pada ketika itu anda boleh menyaksikan penyu-penyu yang mendarat, mengorek lubang di pantai dan bertelur ke dalamnya.



Penyu-penyu yang bertelur di pulau ini ialah 83% ‘Green Turtles’ dan 17% ‘Hawksbill Turtles’. ‘Green turtles’ kebanyakannya bertelur di Pulau Selingan. Manakala ‘Hawksbill Turtles’ kebanyakannya bertelur di Pulau Gulisan, kerana terdapat terumbu karang yang luas di kawasan ini. Manakala sebahagian kecil dari kedua-dua jenis penyu ini bertelur di Pulau Bakkungan Kecil. Penyu-penyu ini bertelur sepanjang tahun, tetapi kemuncak ia bertelur ialah pada bulan Julai hingga bulan Oktober bagi ‘Green Turtles’ dan ia bertelur lebih kurang 110 biji dalam satu lubang. Pada bulan Februari hingga April pula, penyu ‘Hawksbills Turtles’ akan bertelur di antara 70 hingga 180 biji telur sekali. Telur-telur ini akan di eram selama 50-60 hari sebelum ia menetas menjadi anak penyu dan berenang kembali ke laut. Dalam penyelidikan, penyu-penyu betina ini akan kembali untuk bertelur selepas 20 tahun dan akan kembali bertelur selepas beberapa tahun berikutnya.

Di antara pulau-pulau penyu ini, Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik. Dengan menggunakan bot laju anda boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan lautnya yang cantik serta membiru dengan beraneka jenis ikan. Di Pulau Selingan terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang mempunyai bilik mandi dan kemudahan lain. Chalet ini juga mempunyai restoran.

Wednesday, March 11, 2009

SAM SING KUNG



Kuil Sam Sing Kung adalah kuil yang tertua di Sandakan. Pada tahun 1887, Kuil Sam Sing Kung telah di bina di bahagian kaki bukit berdekatan dengan Kuil Kuan Ying dengan usaha bersama Persatuaan Kantonis, Teochew, Hakka dan Hainanese, Kuil ini terletak berdekatan dengan Padang rekreasi Sandakan. Kuil Sam Sing Kung menempatkan Tiga dewa suci di puja disini iaitu : ‘Kwan Woon Cheung’ (moyang Kwan Clan dan Buddha keadilan), Buddha Tin Hou (di puja oleh orang-orang yang bekerja di laut seperti nelayan) dan Maharaja Min Cheong (di puja oleh sesiapa yang ingin menduduki/lulus peperiksaan).

Sunday, March 8, 2009

PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK


Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok terletak di kawasan Sandakan, Sabah. Jaraknya dari Bandar Sandakan ialah 25 kilometer. Keluasan Pusat pemuliharan Orang-Utan Sepilok ialah 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini dibuka untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan dan menjaga orang-utan daripada pupus.

Pada tahun 1957, pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik untuk membuat penyelidikan. Dalam tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan Perhutanan telah menbentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game Branch). Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang susah didapati dan makin berkurangan. Musim itu juga anak-anak orang-utan sangat terkenal sebagai binatang perliharaan di kalangan rakyat Sabah dan di tempat lain. Anak-anak orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan pembersihan hutan. Dengan adanya Cawangan Penjaga Bintang Perburuan ini, satu undang-undang baru telah dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara orang-utan’. Oleh itu Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan orang utan. Pelawat-pelawat boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan datang dari dalam hutan untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu susu dan pisang. Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00 pagi dan 3:00 petang.