Monday, September 28, 2009

Taman Buaya Sandakan


Taman Buaya Sandakan merupakan pusat pemeliharaan buaya berlesen yang pertama di Sabah. Ia terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan. Pemilik Pusat ini,ialah pemilik beberapa buah kapal ikan yang besar. Selama ini banyak anak-anak buaya telah dijualnya kepada orang awam, terutamanya nelayan yang gemar memelihara buaya. Jumlah yang didapatinya sehingga tahun 1970an ialah 1,000 ekor buaya, ada yang telah disembelih untuk mendapatkan kulitnya yang berharga untuk diekspot, manakala isinya yang sedap (bagi sebahagian orang) di jual kepada orang tempatan. Sehingga tahun 1982 Perdagangan Persidangan Peraturan Sedunia (International Convention Regulating Trade) Kerajaan Sabah telah mengharamkan pembunuhan buaya. Dengan ini buaya telah di pelihara. Di Taman Buaya Sandakan ini terdapat lebih kurang 3,000 ekor buaya pada keseluruhannya. Selain buaya, Taman ini juga mempamerkan beraneka jenis binatang dan ikan-ikan tropika yang cantik dan besar.

Monday, September 14, 2009

Kuil Puu Jih Shih


Kuil yang terbesar di Sandakan ialah Kuil Puu Jih Shih. Terletak di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang cantik, kedudukan yang curam dan kemewahannya membuatkannya begitu mudah dilihat dari Bandar Sandakan. Kos Pembinaan mencecah US$1 juta dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Untuk memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, Kuil ini dirasmikan pada 26 September 1987. Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan dalam kuil ini. Setiap patung dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian patung ini ialah 23 kaki dengan berat ½ tan. Terdapat tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki dibuat khas dari Taiwan, setiap tanglung ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap Sudut kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot dari Macau. 34 tiang-tiang di kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati dan lapisan emas.

Sunday, September 13, 2009

Saint Michael and All Angels Church


Pada tahun 1888, Reverend W H Elton dari Persatuan Mubaligh Gereja di England telah membina sebuah sekolah yang kecil diberi nama Sekolah Saint Michael’s di Sandakan. Sekolah ini juga menjadi tempat untuk bersembahyang bagi penganut Kristian. Dari situ, timbul idea untuk membina sebuah bangunan Gereja yang sempurna iaitu Gereja Saint Michael dan Semua Malaikat (Saint Michael and All Angels Church). Gereja St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di Sandakan. Pereka bangunan ini ialah seorang yang berasal dari New Zealand, iaitu Encik B W Mountfort, kerja pembinaan dimulakan pada tahun1893. Pada mulanya kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang dipercayai dari kampung Sim Sim. Pembinaan bangunan gereja ini telah mengambil masa lebih kurang 20 tahun dibuat daripada batu batan. Gereja Saint Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah bangunan batu yang tinggal dan merupakan antara senibina yang terbaik di Sandakan.

Thursday, September 10, 2009

Pulau Berhala


Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara keunikkan di pulau ini ialah dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak tumbuhan tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi tumpuan ahli botani. Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan perkelahan. Di hujung bahagian Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula Orang Jepun menggunakan Pulau Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’.Salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan Mei 1942 hingga January 1943 ialah Puan Agnes Keith sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada masa ini Pulau Berhala merupakan salah sebuah tempat perkelahan yang terkenal.

Wednesday, September 9, 2009

Taman Perikanan Jaya


Jika anda ingin berehat sambil memancing ikan segar maka anda seharusnya berkunjung ke Taman Perikanan Jaya. Taman Perikanan Jaya dirancang dan direka khas untuk memberi pengalaman memancing ikan-ikan segar terus dari kolam ikan yang disediakan. Ia terletak di Batu 11, di kawasan Hutan Hujan Tropika dengan keluasan 5.24 ekar. ia merupakan tempat untuk berehat dan bergembira di samping melakukan aktiviti memancing bersama keluarga pada hujung minggu atau hari cuti. Masa pembukaan ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 2.00 dan Kanak-kanak RM1.00 manakala bayaran untuk manancing ikan ialah RM 5.00 seorang termasuk bayaran tiket masuk dan sewa peralatan memancing. Terdapat pelbagai jenis ikan untuk dipancing, antaranya ialah ikan kerapu, ikan merah, talapia, patin dan kuratang. Ikan-ikan yang di pancing akan dikenakan bayaran mengikut saiz dan beratnya.

Monday, September 7, 2009

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary


Satu lagi kawasan pelancongan yang perlu dilawati ialah, Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary, iaitu kawasan pemeliharaan Monyet belanda(Proboscis Monkey) untuk pelancong yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Santuari ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan. Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pusat ini. Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel. Bagi sesiapa yang suka melihat haiwan unik ini, ini adalah suatu kemestian untuk melawat tempat ini. Jadual waktu pemerhatian ialah pada 11.30 pagi - 1.30 petang dan 4.30 petang - 6.00 petang