Sunday, March 8, 2009

PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK


Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok terletak di kawasan Sandakan, Sabah. Jaraknya dari Bandar Sandakan ialah 25 kilometer. Keluasan Pusat pemuliharan Orang-Utan Sepilok ialah 43 kilometer persegi. Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan hutan asli yang terpelihara. Orang ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi mereka iaitu di hutan hujan tropika ini. Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini dibuka untuk mendidik anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam hutan dan menjaga orang-utan daripada pupus.

Pada tahun 1957, pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik untuk membuat penyelidikan. Dalam tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan Perhutanan telah menbentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game Branch). Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang susah didapati dan makin berkurangan. Musim itu juga anak-anak orang-utan sangat terkenal sebagai binatang perliharaan di kalangan rakyat Sabah dan di tempat lain. Anak-anak orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan pembersihan hutan. Dengan adanya Cawangan Penjaga Bintang Perburuan ini, satu undang-undang baru telah dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara orang-utan’. Oleh itu Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan orang utan. Pelawat-pelawat boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan datang dari dalam hutan untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu susu dan pisang. Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00 pagi dan 3:00 petang.

No comments:

Post a Comment