Thursday, September 10, 2009

Pulau Berhala


Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara keunikkan di pulau ini ialah dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak tumbuhan tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi tumpuan ahli botani. Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan perkelahan. Di hujung bahagian Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula Orang Jepun menggunakan Pulau Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’.Salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan Mei 1942 hingga January 1943 ialah Puan Agnes Keith sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada masa ini Pulau Berhala merupakan salah sebuah tempat perkelahan yang terkenal.

1 comment:

Casendra said...

wah... didnt know got such place... nice one :)

Post a Comment