Sunday, September 13, 2009

Saint Michael and All Angels Church


Pada tahun 1888, Reverend W H Elton dari Persatuan Mubaligh Gereja di England telah membina sebuah sekolah yang kecil diberi nama Sekolah Saint Michael’s di Sandakan. Sekolah ini juga menjadi tempat untuk bersembahyang bagi penganut Kristian. Dari situ, timbul idea untuk membina sebuah bangunan Gereja yang sempurna iaitu Gereja Saint Michael dan Semua Malaikat (Saint Michael and All Angels Church). Gereja St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di Sandakan. Pereka bangunan ini ialah seorang yang berasal dari New Zealand, iaitu Encik B W Mountfort, kerja pembinaan dimulakan pada tahun1893. Pada mulanya kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang dipercayai dari kampung Sim Sim. Pembinaan bangunan gereja ini telah mengambil masa lebih kurang 20 tahun dibuat daripada batu batan. Gereja Saint Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah bangunan batu yang tinggal dan merupakan antara senibina yang terbaik di Sandakan.

No comments:

Post a Comment