Saturday, May 8, 2010

Karambunai Resort Golf Club

Nexus Resort Karambunai dan Kelab Golf Karambunai Resorts terletak di Menggatal. Kira-kira 30 km atau setengah jam pemanduan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
Lapangan golf 18 lubang seluas 6063 m ini direka dengan indahnya oleh arkitek golf yang terkemuka dari Amerika iaitu Ronald Fream. Menganjur dari tepi cangkat sehinggalah ke tepian pantai, lapangan kejohanan 72 par ini memerlukan kedua-duanya iaitu tenaga dan strategi daripada kalangan pemain golf dengan kelok berlubang yang banyak, laluan air yang berkelok, bunker dan sudah tentu tidak terlepas daripada tiupan angin laut.

Kelab ini dilengkapi oleh kemudahan bugi, penyewaan peralatan golf, lapangan sasar di luar, latihan cip dan grin, bilik salin dan lokar, kedai Pro dan khidmat makanan dan minuman.

Kadar Bermain Golf
1) Kadar yang Diiklankan (Yuran grin dan bugi)
18 lubang RM350.00 bersih (sepanjang minggu)
9 lubang RM250.00 bersih (sepanjang minggu)
2) Tetamu Dalaman (Yuran grin dan bugi)
18 lubang RM240.00 bersih (sepanjang minggu)
9 lubang RM180.00 bersih (sepanjang minggu)

Sekiranya anda bukannya tetamu dalaman pusat peranginan ini, cubalah untuk menempah lebih awal pengangkutan anda. Anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau kereta sewa. Tambang teksi ialah RM70.00 sehala.

No comments:

Post a Comment