.bmp)
Taman Memorial Perang ini telah dibuka sempena memperingati jasa mereka yang telah gugur di medan peperangan semasa mempertahankan Sabah pada zaman pemerintahan Jepun sepanjang Perang Dunia Ke-2. Taman Memorial ini terletak di tempat asal di mana 176 daripada pejuang gerila telah dibunuh beramai-ramai pada 21hb Januari 1944.
Taman Memorial Perang Petagas ini terletak kira-kira 15 minit (12 kilometer) dari Kota Kinabalu. Anda boleh memilih untuk datang melawat dengan menaiki teksi ataupun bas. Tambang teksi sehala adalah kira-kira RM17. Anda boleh juga datang dengan menaiki bas bernombor 17B (menuju ke Putatan) dari stesen bas yang berhampiran dengan Plaza Wawasan. Tambang bas adalah dalam RM2 sehala
No comments:
Post a Comment